berpidato | menyampaikan pidato; bersyarah; berucap: Dia memang pandai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpidato | menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpidato | menyampaikan pidato; bersyarah; berucap: Dia memang pandai ~. | Kamus Pelajar |
pidato | 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retorik | /rétorik/ 1 seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yg indah dan muluk-muluk). 3 penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: Beliau terlalu ~ dlm menyampaikan ceramahnya. beretorik berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beretorik | berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhutbah | 1. berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beretorik | berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkhutbah | bersyarah atau berpidato mengenai hal-hal agama dll: Ketika imam ~, para jemaah mendengarnya dgn khusyuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersyarah | memberi ceramah, berpidato, berucap: ia hendak ~ kpd pengundi-pengundi pd masa pilihan raya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |