pijak | ; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injak-injak; berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang) menghina orang; memijak-mijak memijak berkali-kali, menginjak-injak: dia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap; memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan kaki pd; ~ tanah istiadat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah; terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; pijakan perbuatan memijak; pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memijak); b) injak-injak, sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpijak | 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertapak | 1 berpijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. | Kamus Pelajar |
tapak I | 1 berpijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. | Kamus Pelajar |
sigai | 1 pasak yg dipasang pd tiang dll utk tempat berpijak ketika memanjat. 2 = tangga ~ tangga drpd buluh atau kayu yg mempunyai cabang atau pasak tempat berpijak. bersigai ada sigainya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sigai I | 1. pasak yg dipasang pd tiang (buluh dll) tempat berpijak apabila memanjat; 2. = tangga ~ tangga yg dibuat drpd batang kayu (buluh dll) yg mempunyai pasak-pasak tempat berpijak; ~ dua segeragai prb perkara yg ada sangkut pautnya dgn perkara yg lain; enau mencari ~ prb perempuan mencari lelaki; menyigai memanjat (pokok dll) dgn menggunakan sigai; disigai sampai ke langit = tinggi disigai besar diterbang prb dicari atau diselidiki dgn sedaya upaya; senigai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangga | 1 tempat berpijak yg bertingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. setangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertumpu | 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangga | 1 tempat berpijak yg bertingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. | Kamus Pelajar |
bertumpu | 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. | Kamus Pelajar |