Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpucuk 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pucuk I1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpucuk1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
berurat1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
urat I1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas