Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.lang] | برڤولڠ

Definisi : (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.lang] | برڤولڠ

Definisi : , = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpulang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpulang ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa)meninggal dunia; mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpulang ke rahmatullah(ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpulang(ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik;Kamus Dewan Edisi Keempat
pulangpergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ modal (pokok) mendapat modal kembali, tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. kepulangan perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pulangpergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ moda (pokok) mendapat modalnya kembali tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu).Kamus Pelajar
pulang1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian.Kamus Dewan Edisi Keempat
anjing1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, me­ngesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg ber­warna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahu­kah runtuh = beberapa pun ~ menya­lak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd sese­orang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn sese­orang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui ke­jahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ meng­gonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntah­nya prb orang yg tamak itu tidak membeza­kan yg baik dgn yg jahat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas