bersahut-sahutan | sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersahut | berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahut | balasan (kpd panggilan atau pertanya-an), jawab: “Apa, kak?” ~ perempuan itu; bersahut berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~; bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan; menyahut 1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang; menyahuti menjawab akan, membalaskan: maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu; sahutan kata-kata utk menyahut, hasil per-buatan menyahut: ~nya kedengaran begitu lemah; penyahutan perbuatan menyahut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut | berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersahutan, bersahut-sahutan | sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. | Kamus Pelajar |
tingkah-meningkah | silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbalas-balasan | saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salakan | bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertingkah-tingkah | tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salak I | , = salakan bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. menyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |