saksi | 1 orang yg melihat atau mengetahui sesuatu perkara dan dpt memberikan keterangan: Saya turut menandatangani perjanjian itu sbg ~. 2 orang yg memberikan keterangan di mahkamah bagi pihak pendakwa atau bagi pihak pembela: ~ yg kedua itu dianggap tidak sah. bersaksi 1 ada saksinya: Perkahwinan itu tidak sah kerana tidak ~. 2 mengambil sesuatu sbg saksi atau utk menunjukkan bukti. ~ ke lutut mengambil sanak saudara sbg saksi. menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; membenarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. kesaksian 1 keterangan (bukti dsb) yg diberikan oleh saksi. 2 hal menjadi saksi: ~nya memang tidak dipertikaikan. penyaksian perbuatan atau hal menyaksikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saksi | orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan): siapa ~nya dlm perbicaraan tadi?; ada ~ku yg kauambil barang itu; ~ ahli Id saksi yg dipilih kerana keahliannya; ~ alibi Id saksi yg tidak melihat sesuatu peristiwa; ~ dusta Id = ~ palsu saksi yg diada-adakan (tidak benar); bersaksi 1. mempunyai saksi, ada saksi: per-bicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb a) men-jadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh; bersaksikan mempunyai seseorang sbg saksi: pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yg memenuhi syarat sbg saksi; menyaksikan 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; mempersaksikan 1. memperlihatkan sbg bukti, membuktikan: dia ingin ~ kebolehannya kpd rakan-rakannya; 2. memperlihatkan kpd orang lain supaya menjadi saksi; kesaksian keterangan yg diberikan oleh orang yg melihat (mengetahui dll), bukti, kenyataan: sekiranya seseorang drpd saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah; penyaksian perbuatan menyaksikan; penyaksi; ~ mata orang yg melihat sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersaksi | 1 ada saksinya: Perkahwinan itu tidak sah kerana tidak ~. 2 mengambil sesuatu sbg saksi atau utk menunjukkan bukti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersaksi | 1. mempunyai saksi, ada saksi: per-bicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb a) men-jadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersaksi | 1 ada saksinya: Perkahwinan itu tidak sah kerana tidak ~. | Kamus Pelajar |
lutut I | sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tempurung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) menjadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |