Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersama1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
serta1 ikut atau turut bersama: Hari itu saya tidak pergi ~ kerana saya sakit gigi. 2 = berserta 1 bersama dgn; dgn: Perdana Menteri ~ tiga orang pegawai kanan kerajaan telah berlepas ke Bangkok semalam. 3 dan juga; dan: Beliau memang baik hati ~ jujur. ~-merta pd ketika itu juga; tidak bertangguh-tangguh lagi; segera. berserta 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. menyertai 1 mengikut serta; turut bersama: SayaKamus Pelajar Edisi Kedua
berduet1 bersama-sama menyanyikan sebuah lagu; berpadu suara. 2 bersama-sama memainkan sebuah lagu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seiring1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
duet/duét/ lagu utk dinyanyikan oleh dua orang atau utk dimainkan oleh dua orang. berduet 1 bersama-sama menyanyikan sebuah lagu; berpadu suara. 2 bersama-sama memainkan sebuah lagu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
iring Iikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula.Kamus Dewan Edisi Keempat
berserta1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dengan1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersyarikat1. bersama-sama (bersatu, ber­muafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat;Kamus Dewan Edisi Keempat
serta1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas