samping I | sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku dikesampingkannya sahaja; 2. mengetepikan (menganggap kurang penting), menyingkirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, berhampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersampingan | 1. berdekat-dekat, berhampiran; 2. bersama-sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belah I | 1. retak, celah: di antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; 2. pecah dua (tiga dll): bagai pinang ~ dua; 3. bahagian, sisi, pihak: dia membeliakkan kedua-dua ~ matanya; ~ bagi cerai-berai, tidak bersatu; ~ batang sj jerat babi; ~ betung belah yg panjang di tengah-tengah; ~ buluh garis-garis lebar memanjang (pd kain); (baju) ~ dada baju yg terbuka di bahagian depan; ~ kangkung sj jahitan; ~ ketupat potongan wajik; retak menanti ~ prb retak perselisihan yg akan menjadi besar; sebelah 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); sebelah-menyebelah pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar; bersebelah, bersebelah-sebelahan bersampingan, berdekatan: ia tidur ~ bilik dgn kakaknya; menyebelah berpihak kpd: kalau ia tidak setuju dgn aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kpd lawanku; menyebelahi menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; menyebelahkan 1. memisahkan, mengesampingkan: tiap bulan ia ~ sebahagian drpd pendapatannya utk membayar hutang; kerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dgn orang-orang yg berwarna; 2. menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah: ia duduk ~ emaknya; berbelah; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya; membelah 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; terbelah terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang; belahan 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalikbalik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; pembelahan 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan; pembelah alat utk membelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |