Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sandiwara (kata nama)
Bersinonim dengan lakonan, cerita, pementasan cerita, setambul, tonil, pertunjukan, persembahan, menora, mendu, drama, taridra, pantomin;,
Kata Terbitan : bersandiwara, menyandiwarakan, persandiwaraan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sandiwara1. pertunjukan cerita yg dilakon-kan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll); bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; menyandiwarakan 1. melakonkan sandi­wara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan; persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara: zaman sebelum perang ada-lah dianggap sbg zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersandiwara1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
berdrama1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdrama1. berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2. membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini.Kamus Pelajar
bersandiwara1 berlakon utk sesuatu cerita; bermain sandiwara.Kamus Pelajar
berdrama1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
drama1. cerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. 2. peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1. berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2. membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini.Kamus Pelajar
dramacerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. ~ satira 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
drama1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas