bersekutu | 1 berkongsi utk melakukan sesuatu: Dua buah syarikat telah ~ membina hotel itu. 2 bersatu antara satu dgn yg lain supaya menjadi lebih kuat; bergabung: Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis telah ~ menentang Jerman. Negeri-Negeri Melayu ~ negeri-negeri Melayu yg bersekutu pd zaman penjajahan Inggeris (Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersekutu | 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, bersepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersekutu | 1 berkongsi utk melakukan sesuatu: Dua buah syarikat telah ~ membina hotel itu. | Kamus Pelajar |
pihak bersekutu | negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbezaan | 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
federal | (féderal) IB yg bersekutu (negeri-negeri dll); kaum ~ orang yg menganut (menghendaki) faham negara yg berbentuk persekutuan; negara ~ negara yg dibentuk drpd negeri-negeri yg bersekutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkecuali | 1. ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersekutu | 2 bersatu antara satu dgn yg lain supaya menjadi lebih kuat; bergabung: Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis telah ~ menentang Jerman. Negeri-Negeri Melayu ~ negeri-negeri Melayu yg bersekutu pd zaman penjajahan Inggeris (Selango | Kamus Pelajar |
rekan | Id = rekanan I 1. kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dll): tiga kamar lainnya dihuni ~ sekerja; 2. kawan bersyarikat, kawan bersekutu, dll: ia pun sudah menjadi ~ Si Karim dlm perniagaan batik; berekan, merekan bersama-sama berusaha (berdagang dll), bersekutu, bersyarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ahli bersekutu | anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |