bersela-sela | berselang-seli, selang-menyelang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersela | 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarang I | 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseling | berselang (bersela) dgn, ada yg mengantarainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seling I | ; berseling berselang (bersela) dgn, ada yg mengantarainya; menyelingi menyela (menyelang) dgn, meng-antarai: perempuan ini ~ kalimat-kalimatnya dgn ketawa kecil; selingan sesuatu yg menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yg mengantarai: lagu-lagu ~; perselingan perihal berseling, perselangan; ® selang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berantara | 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumpang | Mn 1. berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi, ompong, rongak; 2. berselang-selang (pagar dll), rongak: pagar yg ~; 3. antara (waktu), sela: selama ia masih dlm perjalanan, tidak akan ~nya aku berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhimpit-himpit | berapat-rapat hingga tidak bersela lagi; berasak-asak; berdesak-desak: Para penumpang ~ menaiki bas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jarang | 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhimpit | berhimpit-himpit berapat-rapat hingga tidak bersela lagi; berasak-asak; berdesak-desak: Para penumpang ~ menaiki bas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |