Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.le.sai] | برسلساي

Definisi : mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berselesaimengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
syarat1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg di­maksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kema­huan dan kesediaan utk berselesai; 3. ke­tentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera.Kamus Dewan Edisi Keempat
selesai1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas