Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selimut (kata nama)
Bersinonim dengan penutup, gebar, kemul;,
Kata Terbitan : berselimut, berselimutkan, menyelimuti,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selimut1. kain utk menutup tubuh (pd masa tidur), gebar: gebar atau ~ lebih cepat dan senang dibasuh dgn menggunakan mesin pencuci kain; 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutupi atau melindungi pekerjaan jahat dll, sesuatu utk menyelubungi kejahatan; ~ elektrik selimut yg dipanaskan dgn arus elek-trik; berselimut 1. memakai selimut, berse­lubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun); berselimutkan mempunyai sesuatu sbg se-limut: ibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang; menyelimuti 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; menyelimutkan 1. mengenakan (mema­kai-kan) selimut, memberi berselimut, menye-lubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anak-nya; 2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll); memperselimut menjadikan (mengguna­kan) sbg selimut: ia pun ~ kain sarungnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
berselimut1. memakai selimut, berse­lubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelimutkan1. mengenakan (mema­kai-kan) selimut, memberi berselimut, menye-lubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anak-nya; 2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kampuh1. dua lapis kain (kertas dll) yg dijahit menjadi satu; 2. kain selimut dll yg dijahit dr tiga lapis kain; kain ~ kain sarung yg dijahit dr dua helai kain menjadi satu; berkampuh memakai kampuh sbg selimut dll, berselimut dll dgn kampuh; pisau ~ pisau yg bermata dua pd hujungnya; dek sukar ~ ijuk, nan adat diturut jua Mn prb bagaimana miskin sekalipun, adat terpaksa diturut juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
siang I1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
selimutkain yg digunakan utk menutup badan ketika tidur supaya tidak ke­sejukan; kain gebar. berselimut me­makai atau menggunakan selimut; ber­selubung dgn selimut: Busu tidak su­ka tidur ~. berselimutkan menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. menyelimut menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. menyelimuti 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuh­nya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. menyelimutkan menggunakan atau mengenakan sesuatu sbg selimut (pd tubuh dll): Dia ~ kain pelikat pd adiknya yg kedinginan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selubung1. kain dll utk menutup badan (kepala dll), kelubung: sangka mereka anak-nya itu sudah tidur tetapi Salim dr dlm ~nya mendengar perbualan mereka; 2. sesuatu yg digunakan sbg penutup, pem­bungkus, pembalut; ~ air (Kej) air penyejuk yg mengisi ruang di sekeliling silinder enjin; berselubung memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup: maka diambilnya kain lalu ~ ia pd tempat tidur itu; seorang perempuan muda yg ~ kain Bugis ungu halus dr kepala sampai ke lututnya; menyelubung, menyelubungi 1. menu­tup (menudung) litup dgn selubung dll, memberi berselubung: dia menyelubungi kepalanya dgn kain selimutnya; 2. membungkusi, membaluti: badan tikus belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; 3. ki menutupi se-suatu (kejahatan dll), menyelimuti: mukanya yg manis itu ~ hatinya yg jahat; 4. ki menyelaputi, melitupi: ketika itu alam sedang diselubungi cuaca gelap-gelita; kebingung-an yg ~ pemikiran orang ramai; menyelubungkan menutupkan (menu­dung­-kan) menyelimutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kain1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll); ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar kain berbentuk segi empat bujur (utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk mem­balut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dican­tumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pe­kerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipenga­ruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, me-ngalih kata berhadapan prb memutar per­kataan (mungkir janji) mudah sahaja dilaku­kan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik peng­hidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas