[ber.se.li.sih] | برسليسيه
Definisi : 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.se.li.sih] | برسليسيه
Definisi : 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)