Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sé.lo/.bé.lo/] | برسيلوق-بلوق

Definisi : 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berselok-belok


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berselok-belok1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit.Kamus Dewan Edisi Keempat
selit -belitberselok-belok;Kamus Dewan Edisi Keempat
berabaiId rumit, sukar (mengerjakan sesuatu dll), berselok-belok.Kamus Dewan Edisi Keempat
berabe(berabé) Id rumit, sukar (mengerjakan sesuatu dll), berselok-belok.Kamus Dewan Edisi Keempat
selit I; ~-belit berselok-belok; berselit; ~ sepit ki berbelit-belit, berbelok-belok; pandai ~ sepit pandai melepaskan diri drpd kesulitan; menyelit masuk di celah-celah (orang banyak dll), menyisip: dia ~ di celah-celah penonton yg ramai itu; menyelit-nyelit, selit-menyelit mence­lah-celah (di antara orang banyak dll), mencelah berliku-liku: ia menuju ke tempat orang ramai itu ~ masuk mencari tempat; maka alahlah Raja Kecil itu, lari dr Lingga selit-menyelit; menyelitkan memasukkan sesuatu di celah, menyelakan, menyisipkan: ia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan; terselit terletak di celah (benda lain dll), terselip, tersisip: sebatang cerut ~ di bibir-nya; selitan sesuatu yg terselit di celah; penyelitan perihal (perbuatan) menyelitkan: ~ kata-kata dan ungkapan-ungkapan daerah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerewet (ceréwét)1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, ber­sungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok­-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil­-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat; mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu; kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
selok-belok(sélok-bélok) 1. = selok jumbai ark perhubungan atau pertalian antara satu dgn lain (kekeluargaan dll), kaitan, sangkut-paut: antara saya dgn dia, tidak ada ~nya; 2. sesuatu yg ada hubungannya dgn yg lain, hal yg berkaitan dgn sesuatu: Johan mem-pelajari ~ berniaga; mereka sedang meng-huraikan sesuatu kepadanya tentang ~ pelayaran; 3. hal yg berselit-belit (berliku-liku): mereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yg sedang dijalankan itu; berselok-belok 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas