Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sembahyang1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg mem-bolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang, membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan, doa; ~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh) mengerja-kannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat (waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~ (hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg tidak diwajibkan me­ngerjakannya (sembah-yang tahajud dll); ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg ter-larang; bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; menyembahyangkan mengerjakan sem­bah-yang utk (ditujukan kpd): seorang akan me-robekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersembahyang1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang;Kamus Dewan Edisi Keempat
wuduk I1. Ar perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah, spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~? 2. air sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang, membaca al-Quran, dll; berwuduk menyucikan diri (sebelum sem­bahyang), mengambil air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk IIKamus Dewan Edisi Keempat
bersuci1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk. 2 mem­bersihkan diri drpd sebarang kekotoran. 3 berkhatan; bersunat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telekung= kain ~ kain selubung utk menutup tubuh perempuan (ketika bersembahyang), mukenah;bertelekung 1. mempunyai telekung; 2. me-makai telekung.Kamus Dewan Edisi Keempat
khusyukAr 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang; 2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk; 3. Jk niat, tujuan, kasad; mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~; kekhusyukan perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
berjumaat1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suci1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk.Kamus Pelajar
bersuci 1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk.Kamus Pelajar
berjumaat1. berhimpun beramai-ramai. 2. bersembahyang Jumaat.Kamus Pelajar
12345

Kembali ke atas