sepah | (sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau ter-susun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~; menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat: majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersepah | , bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersepah | 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersepah-sepah | 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkaparan | bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkembah | bersepah-sepah, berselerak, bertaburan (tidak teratur): biliknya ~ dgn baju kotor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepah /sépah/; bersepah | menyepahkan menyelerakkan atau menaburkan sesuatu ke merata-rata tempat: Siapa yg ~ kertas di bilik tamu ini? | Kamus Pelajar |
sepah /sépah/; bersepah | 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. | Kamus Pelajar |
sepah /sépah/; bersepah | 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. | Kamus Pelajar |
berkaparan | bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. | Kamus Pelajar |