berlengkap | bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkeledar | bersiap sedia utk menghadapi bahaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersigap | bersiap sedia (utk melakukan sesuatu), bersikap: ia pun ~ memegang senjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeledar | bersiap sedia utk menghadapi bahaya. | Kamus Pelajar |
bersegeh | berkemas, bersiap sedia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlengkap | 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersimpan | sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersiap sedia | = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keledar | /kelédar/ persiapan atau persediaan utk menghadapi bahaya: topi ~; tali pinggang ~. berkeledar bersiap sedia utk menghadapi bahaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sigap | pantas, cepat, cergas, tangkas (bkn gerakgeri): memang gadis-gadis itu ~ dan cekatan; bersigap bersiap sedia (utk melakukan sesuatu), bersikap: ia pun ~ memegang senjata; kesigapan perihal sigap, kecekapan, ketangkasan: dlm kejadian ini, kelihatan betapa ~ doktor-doktor, berjuang membasmi penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |