siasat I | 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn keselamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu pengetahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersiasat | 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |