preskriptif | (préskriptif) bersifat preskripsi, bersifat menentukan atau panduan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksperimental | (ékspérimental) bkn (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat percubaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinis | 1 bersifat mengejek atau bersifat menyindir (ttg cara bercakap dsb): Kata-katanya yg ~ itu menyakiti hatiku. 2 tidak melihat sesuatu kebaikan dan sering meragui kebaikan orang lain. kesinisan keadaan atau sikap sinis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sinis | 1 bersifat mengejek atau bersifat menyindir (ttg cara bercakap dsb): Kata-katanya yg ~ itu menyakiti hatiku. | Kamus Pelajar |
materialistik | (matérialistik) berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong sesiapa sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersifat | mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersifat | mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekular | (sékular) berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan: Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dgn kehidupan ~; pen-didikan ~ pendidikan yg memberikan pelajaran atau pengetahuan yg bukan bersifat atau ber-kaitan dgn keagamaan; mensekularkan menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dll) bersifat sekular: orientalis Barat cenderung utk ~ sistem perundangan Islam; kesekularan keadaan sekular; pensekularan proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kpd nilai kehidupan duniawi, sekularisasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hedonistik | (hédonistik) bersifat mementingkan keseronokan: kelas pertengahan yg bersifat ~.hegeh (hégéh); terhegeh-hegeh 1. menginding-nginding, menonjol-nonjolkan diri: kalau orang tak sukakan kau, kenapa kau masih ~ tinggal dgn orang; 2. tidak kemas (berbuat sesuatu), terkedek-kedek (berjalan, berlari, dll): ia melangkah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syumul | Ar bersifat menyeluruh dan sempurna: undang-undang Islam yg bersifat ~ dan universal; kesyumulan perihal (sifat) syumul, kesejagatan: apakah kurikulum yg berjalan telah benar-benar menggambarkan ~ Islam? | Kamus Dewan Edisi Keempat |