bersimbolkan | menggunakan sesuatu sbg simbol, berlambangkan: garisan lurus yg bercerun positif, ~ x dan y. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlambangkan | mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbol | 1. sesuatu yg mewakili sesuatu yg lain, lambang, tanda: raja berketurunan tidak dibuang tetapi dijadikan kepala negara sbg ~ kenegaraan; 2. ark contoh: hiduplah dgn rukun dan damai supaya menjadi ~ kpd orang di dlm masyarakatmu; bersimbolkan menggunakan sesuatu sbg simbol, berlambangkan: garisan lurus yg bercerun positif, ~ x dan y. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambang | 1. tanda yg menyatakan atau mengenalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm transkripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemimpin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) menggunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksudkan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |