Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sim.pai] | برسيمڤاي

Definisi : diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersimpai

Juga ditemukan dalam:

Peribahasa

Disambut dengan penyapu tak bersimpai.

Bermaksud :

Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersimpaidiikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas;Kamus Dewan Edisi Keempat
siku bersimpaiki orang yg malas bekerja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siku bersimpaiki pemalas;Kamus Dewan Edisi Keempat
siku bersimpaiorang yg malas bekerja;Kamus Dewan Edisi Keempat
siku~ bersimpaiki orang yg malas bekerja.Kamus Pelajar
siku1 sendi tempat lengan atas ber­hubung dgn lengan bawah. 2 = ~ bedil, siku-siku, sesiku pangkal senapang. ~ bersimpai ki orang yg malas bekerja. ~ jalan (sungai) selekoh pd jalan (sungai). ~ keluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam. siku-siku, sesiku 1 sudut tepat; sudut 90o. 2 alat berbentuk ‘T’ atau ‘L’ utk melukis atau utk mengukur sudut tepat. 3 alat berbentuk tiga segi (dan bersudut 90o, 60o dan 30o atau bersudut 90o, 45o dan 45o). menyiku menghentak dgn siku; menyigung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyapualat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpai Igelang-gelang (lingkar, bingkai) drpd rotan dll utk mengikat penyapu (meneguhkan sarung parang dll): ia berkata sambil mem­betul-betulkan ~ penyapunya; bersimpai diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas; bersimpaikan menggunakan sesuatu atau diikat dsb dgn, sesuatu sbg simpai: sebilah parang panjang ~ rotan; menyimpai memasang (membubuh) simpai; tersimpai 1. telah diikat dgn simpai (penyapu dll); 2. ki terikat dgn ketat dan kemas.Kamus Dewan Edisi Keempat
siku I1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor; ~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat; siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°,dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°); 3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~ gading­-gading; bersiku ada sikunya; menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku; menyikukan menyinggung (dgn siku); penyiku pukulan dgn siku.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersendi-sendi1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas