sinar | pancaran cahaya (sesuatu yg berkilau): pagi pun tibalah bersama ~ matahari; ~ alfa (Fiz) sj sinar bercas positif yg terdiri drpd nukleus helium; ~ beta (Fiz) sj sinar bercas negatif yg terdiri drpd elektron; ~ gama (Fiz) sj sinar yg bertenaga tinggi; ~ kosmos (Fiz) sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi (lazimnya terdiri drpd proton, elektron, dll); ~ mata a) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b) kelipan mata; ~-seminar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar; bersinar, menyinar 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya): matahari ~ menerangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak; bersinar-sinar memancarkan sinar yg gilang-gemilang, memancar-mancar, sinar-seminar: lampu yg ~ bergemerlapan menghiasi malam; menyinari 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya terang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenaran-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; menyinarkan memancarkan (menghamburkan) sinar: matahari telah pun ~ cahayanya; sinaran 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari; penyinar ki yg memberikan harapan, semangat dsb: ibu tua itulah yg menjadi pembimbing, teman dan ~ hidupnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |