bersuara | mengeluarkan suara; bercakap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersuara | mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap: tiada seorang pun yg ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersuara | mengeluarkan suara; bercakap. | Kamus Pelajar |
ketik I | bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); juru~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip; berketik 1. berbunyi spt bunyi mesin taip dll; 2. Kl bersuara; tidak ~ tidak bersuara (kerana takut dll); mengetik 1. berbunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); 2. menjentik, mengetis, menyentil (dgn jari); 3. menaip: ~ surat; ketikan hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkam | tidak bersuara (bercakap dll), diam: ketika datang guru, murid-murid semua ~; akhbar-akhbar ~ tentang perkara itu; membungkam menjadikan tidak bersuara, menutup mulut: peraturan itu diadakan utk ~ akhbar-akhbar; bagaimanakah anda ~ kritikannya? kebungkaman keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan: jiwa Hidayah bergetar dlm ~ yg mencengkam daging dan tulang-temulangnya; pembungkaman perihal atau perbuatan membungkam; pembungkam alat utk membungkam (azimat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkam | tidak berbunyi atau tidak bersuara; membisu; diam; senyap: Ketika guru masuk, semua murid ~. membungkam 1 menutup mulut supaya diam. 2 membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). pembungkam 1 alat utk membungkam. 2 jampi dsb utk membungkam orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkotek | 1. berbunyi (bkn ayam betina), berketuk; 2. bersuara: masing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang; siapa ~ siapa bertelur prb orang yg mulamula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkam | tidak berbunyi atau tidak bersuara; membisu; diam; senyap: Ketika guru masuk, semua murid ~. membungkam 1. menutup mulut supaya diam. 2. membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). pembungkam 1. alat utk membungkam. 2. jampi dsb utk membungkam orang. | Kamus Pelajar |
kotek II | (koték) bunyi ayam betina, ketuk; berkotek 1. berbunyi (bkn ayam betina), berketuk; 2. bersuara: masing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang; siapa ~ siapa bertelur prb orang yg mula-mula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam I | 1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |