Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersuku 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suku1 sebahagian drpd sesuatu yg telah dibahagi empat; seperempat; : ~ jam 15 minit; ~ tahun tiga bulan. 2 golongan orang yg seketurunan dr sebelah ibu (dlm adat perpatih): Tiap-tiap satu ~ diketuai oleh seorang lembaga. 3 = ~ bangsa golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. 4 (sastera lama) kaki: ~ lembu kaki lembu. ~ batu seperempat batu (440 ela). ~ kata satu­an bunyi yg menjadi unsur dlm sesuatu kata (spt ma dan kan pd perkataan makan atau ku dan ku pd perkataan kuku). ~-sakat golongan orang yg seketurunan; saudara-mara. bersuku 1 mempunyai suku; mempunyai baha­gian. 2 masuk dlm sesuatu suku (bkn adat perpatih). bersuku-suku ber­kelompok-kelompok mengikut suku masing-masing. sukuan baha­gian yg besarnya sesuku drpd satu bulatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suku1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seke­turunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyem­bahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seper­empat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semua­nya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusur­galur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berke­lompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau meng­andungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkait­an dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitan­nya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadang­kala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjuk­kan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersuku­suku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengata­kan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersuku1 mempunyai suku; mempunyai baha­gian. 2 masuk dlm sesuatu suku (bkn adat perpatih).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersuku1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersuku 1 mempunyai suku; mempunyai bahagian.Kamus Pelajar

Kembali ke atas