Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersunting, bersuntingkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suntingperhiasan berupa bunga dll yg dicu­cukkan di rambut atau di belakang telinga: di kepalanya terhias ~ emas; ~ hati ki anak kesayangan; ~ malai sj perhiasan rambut yg dipakai di belakang telinga; bersunting, bersuntingkan memakai sun­ting (drpd bunga dll); menyunting 1. memetik bunga (utk dijadi­kan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); menyuntingkan 1. meletakkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga (sbg perhiasan), memakai sunting (drpd bunga dll): ia ~ bunga mawar di sanggulnya; 2. me­masukkan kata pendahuluan dll (dlm buku dll), mencantumkan; mempersunting 1. memakai bunga dll sbg sunting, menyuntingkan: bunga dipersunting sudahnya akan layu; 2. mengambil gadis utk dijadikan isteri, memperisteri: timbullah keinginan dlm dadanya utk ~ gadis itu; 3. ark mendapat sesuatu yg berguna; suntingan 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dll); penyunting orang yg menyunting (karang­an, filem, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas