tindih | bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, menghimpit, menimpa: ahli gusti itu merebahkan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusahkan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntungannya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluaran syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertindih bersusun | bertompok bersusun-susun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusun | 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersusun lapis | terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, lapisan dsb yg berlainan: orang Melayu di peringkat tempatan telah ~, sama ada dr segi status ataupun kelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusun-susun | terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusun | 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturutturut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusun | 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta-kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. | Kamus Pelajar |
bersusun | 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. | Kamus Pelajar |
pangkat I | 1 tingkat pd tangga atau pd sesuatu yg bersusun-susun. 2 tingkat rumah. berpangkat-pangkat bersusun berlapis-lapis; bertingkat-tingkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangkat I | 1 /b>tingkat pd tangga atau pd sesuatu yg bersusun-susun. 2 tingkat rumah. berpangkat-pangkat bersusun berlapis-lapis; bertingkat-tingkat. | Kamus Pelajar |