bersyarat | ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersyarat | ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersyarat | ada syarat-syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. | Kamus Pelajar |
pemboleh ubah bersyarat(conditional variable) | Pemboleh ubah yang digunakan untuk memegang syarat bagi suruhan bersyarat. | Kamus Komputer |
mutlak | 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak memiliki sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~ wakil penuh. 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi tidak ada kecualinya atau tidak bersyarat lagi; menjadikan sesuatu sbg yg mutlak. kemutlakan 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. pemutlakan perihal atau perbuatan memutlakkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suruhan bersyarat(conditional instruction) | Kumpulan suruhan yang menguji satu atau lebih syarat yang ditetapkan sebelum memindahkan aliran atur cara atau melakukan tindakan lain. | Kamus Komputer |
pindahan bersyarat(conditional transfer) | Pemindahan aliran pengerjaan suruhan ke tempat lain apabila syarat yang ditetapkan wujud. | Kamus Komputer |
lompatan bersyarat(conditional jump) | Tindakan memindahkan aliran pengerjaan suruhan ke tempat lain apabila suatu syarat yang ditetapkan wujud. | Kamus Komputer |
kenyataan bersyarat(conditional statement) | Kumpulan suruhan atur cara yang akan hanya dilakukan jika syarat yang ditetapkan dipenuhi. | Kamus Komputer |
binaan bersyarat(conditional construct) | Binaan struktur atau objek yang akan hanya dilakukan oleh atur cara jika syarat yang ditetapkan wujud. | Kamus Komputer |