Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat;: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tam.bah] | برتمبه

Definisi : 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
     Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bertambah-tambah1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertambah-tambahsentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertambah-tambahsentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit.Kamus Pelajar
tambah bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit.Kamus Pelajar
riapperihal bertambah-tambah besar (binatang, kanak-kanak, dll); meriap menjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-anak kayu di kebunnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
meriapmenjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-anak kayu di kebunnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
naik semangatbertambah semangat (bertambah berani dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
maju1 bergerak atau melangkah ke hadapan; mara: Tuan-tuan sekalian dipersilakan ~ sedikit. 2 menjadi lebih baik keadaannya dll; bertambah elok; bertambah memuaskan: Kedainya makin ~. Dia ~ dlm pelajarannya. memajukan 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. kemajuan keadaan maju; ketinggian taraf dll. pemajuan usaha (kegiatan dsb) memajukan. pemaju orang (pihak dsb) yg memajukan: ~ perumahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebih1. melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2. sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3. bertambah; kian bertambah; semakin:Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4. (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, =~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1. ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2. banyak sangat:Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1. berlebih banyak:Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya:Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat (banyak dll); sangat banyak:Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1. menjadikan lebih; membanyakkan:Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2. menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1. paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll):Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2. terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yang sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1. sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2. (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya.Kamus Pelajar
merambak1. menjalar-jalar, me­ra­yap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas