Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanamcucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu per­usahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagai­mana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balas­annya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanam­an utk mendapatkan hasilnya semen­tara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelem­bapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis ta­nam­­an; petanaman tempat menanam tumbuh-tum­buhan; penanaman perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanam­kan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalan­kan perniagaan dll, pemodal, pelabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertanam1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanam; bertanam1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung.Kamus Pelajar
berpadi1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanam; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercungkil1 telah dikeluarkan dr lubang dgn cungkil. 2 sudah disuntik dgn benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); bertanam cacar: Orang yg tidak ~ mudah dijangkiti penyakit cacar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercungkil1. telah dikeluarkan dr lubang dgn penyungkil dll; 2. sudah dimasukkan benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar), bercacar, bertanam cacar: orang yg tidak ~ mudah sekali dijangkiti penyakit ketumbuhan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengikut1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lembap1 masih basah (bkn kain yg dibasuh dll); tidak kering benar: Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Masa yg paling baik utk bertanam ialah semasa tanah dlm keadaan gembur dan ~. 2 tidak cekap atau tidak cergas (dlm menjalankan tugas; melaksanakan pekerjaan dll): Pegawai yg ~ sentiasa mengada-adakan alasan utk menutup kelemahannya. 3 tidak rancak (bkn muzik, nyanyian dsb). ~ cair ist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara. melembapkan menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. lembapan (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. kelembapan keadaan lembap. pelembapan perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. pelembap bahan atau sesuatu yg melembapkan: Losen dpt berfungsi sbg ~ kulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercungkil1. telah dikeluarkan dr lubang dgn cungkil. 2. sudah disuntik dgn benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); bertanam cacar: Orang yg tidak ~ mudah dijangkiti penyakit cacar.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas