bertangguh-tangguh | selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertangguh | 1 meminta supaya dilanjutkan waktunya: Tuan rumah membenarkan dia ~ membayar sewa rumahnya selama dua minggu. 2 = bertangguh-tangguh berlama-lama; ber- lambat-lambat; berlengah-lengah: Dgn tiada ~ lagi, perajurit-perajurit Riau pun melepaskan tembakan ke darat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertangguh | 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertangguh | 1 meminta supaya dilanjutkan waktunya: Tuan rumah membenarkan dia ~ membayar sewa rumahnya selama dua minggu. | Kamus Pelajar |
bertangguh | 2 = bertangguh-tangguh berlama-lama; berlambat-lambat; berlengah-lengah: Dgn tiada ~ lagi perajurit-perajurit Riau pun melepaskan tembakan ke darat. | Kamus Pelajar |
tunai | 1 tidak bertangguh (ttg bayaran); tidak berhutang: membayar ~ membayar pd ketika itu juga; wang ~ wang yg dpt digunakan dgn segera (wang kertas atau syiling). 2 pd ketika itu juga; tidak bertangguh (melakukan sesuatu): Sahaja aku sembahyang fardu maghrib, tiga rakaat, ~ kerana Allah Taala. ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan apabila perlu, utk perbelanjaan kecil atau yg sedikit. menunaikan 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. penunaian perbuatan atau hal menunaikan; pelaksanaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunai | 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ membayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak berhutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm mengerjakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ permintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perintah, pesanan) mengerjakan ajaran (perintah, pesanan); ~ cita-cita berusaha mencapaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangguh I | tangguh I pengunduran waktu (utk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dll), penundaan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontan | tidak bertangguh (bkn bayaran); tunai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertangguhan | hal bertangguh. | Kamus Pelajar |