bertangkap-tangkapan | saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertangkap | sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga bertangkap | sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman berpusing (bertangkap, mayang) | jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkap | ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg bergerak cepat dll (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengambil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg tersembunyi; 6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menanggap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak, banyak yg ditangkap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertangkap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga III | ; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah I | kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |