bertangkap-tangkapan | saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkap | ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg bergerak cepat dll (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengambil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg tersembunyi; 6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menanggap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak, banyak yg ditangkap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertangkap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |