Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertegang, bersitegang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tegang1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, lang­sing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), berten­tangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp ber­kehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm per­debatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi­-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, me­narik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisih­an): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi per­hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas