bertegas | mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegas | 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (keterangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetap-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |