bertekan | bertumpu dgn kedua-dua belah tangan atau siku; bertelekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertekan | bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangannya ~ di meja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertumpu | 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); 4. ki mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekan | ~ kundai sj hiasan pd kundai (drpd emas dll); bertekan bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangan-nya ~ di meja; bersetekan Mn bertekan;menekan 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, menggencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemodal utk ~ golongan miskin; 3. ki menghenti-kan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki mengadakan desakan yg keras terhadap, mengasak, mendesak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menyebelah kepadanya; 6. ki = menekankan mengatakan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suaranya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusahkan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya; menekankan 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegaskan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; tertekan ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan bersenjata; tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah menceritakan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluarnya;tekanan 1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2. sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr ~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg mengganggu perjalanan fikiran; 3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4. sesuatu yg dipentingkan (diutamakan); ~ atmosfera (Fiz) tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; ~ darah tekanan pd dinding arteri yg nilainya bergantung pd daya pengepaman jantung, ke-kenyalan dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah; ketertekanan perihal (keadaan) tertekan; penekanan perihal menekan (menekankan); penekan alat dll utk menekan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpu | ; ~ tinggi titik tempat berselangnya garis tinggi sesuatu segi tiga; puncak. bertumpu 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. 4 = bersetumpu bertekan telapak kaki pd sesuatu semasa hendak melompat dll; menunjal: Ia ~ pd batu sebelum melompat ke seberang. menumpu 1 menekan pd sesuatu. 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong. menumpukan 1 menekankan (telapak kaki atau tapak tangan) pd sesuatu. 2 memusatkan segenap tenaga atau minat pd sesuatu: Ia ~ seluruh tenaganya pd projek yg baru dijalankan itu. 3 mendasarkan atau menyandarkan pendapat dll pd: Ia ~ pendapatnya pd kajian-kajian yg telah dilakukan. tertumpu telah ditumpukan atau dipusatkan (bkn minat, pandangan dll) pd sesuatu: Perhatiannya ~ pd pemuda yg sedang bermain biola. tumpuan 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. pertumpuan hal bertumpu: tempat ~ tempat orang bertumpu. penumpuan perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan. penumpu 1 orang yg menumpu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk menumpukan (cahaya dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekan; bertekan | penekan alat dll utk menekan. | Kamus Pelajar |
tekan; bertekan | penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. | Kamus Pelajar |
tekan; bertekan | ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. | Kamus Pelajar |
tekan; bertekan | ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah. | Kamus Pelajar |
tekan; bertekan | 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. | Kamus Pelajar |