Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tekunsungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tekun1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melaku­kan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun me­num­pukan fikiran dll pd, sangat asyik (me­nger­jakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu seng­gang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
bertekun1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertekun1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun me­num­pukan fikiran dll pd, sangat asyik (me­nger­jakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd);Kamus Dewan Edisi Keempat
bertekun1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit.Kamus Pelajar
amanatAr 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah; beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan; mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Per­dana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuat I1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat­-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara; ~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) ygmembuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kele­bihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat­-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, ber­tindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pen­dapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau meng­hebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) me­nguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas