Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tem.pat.tem.pat] | برتمڤت - تمڤت

Definisi : sesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertempat-tempat

Puisi
 

Burung tiung terlompat-lompat,
     Minum air dalam cerana;
Hendak cium tidak bertempat,
     Ada tempat orang punya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bertempat-tempatsesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
diam IIduduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempatbertempat tinggal atau duduk (di)...; diadakan (di) ...: Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar.Kamus Pelajar
bertempat1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tempat1. sesuatu yg digunakan utk menaruh (menadah, menyimpan, dll), bekas, wadah: ~ habuk rokok; ~ bara; 2. ruang (kawasan dll) utk melakukan sesuatu: percakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud; 3. ruang dll yg digunakan utk me­nyim­pan (menaruh) sesuatu: ia pun terus menanggalkan tuala yg dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya; 4. kawasan (ruang, rumah, dll) yg didiami, kawasan dll di mana terdapat sesuatu: rumahnya itu rumah batu, bangunannya spt ~ berhala Cina; 5. bahagian yg tertentu drpd sesuatu: ~ pemegangnya boleh dibalut dgn getah tiub; 6. kawasan yg tertentu, daerah, kampung, negeri: ayahku tidak duduk di ~ itu; ia kembali ke ~ lahirnya; 7. orang yg jadi lawan bercakap, orang yg jadi tujuan utk bertanya dll, orang yg diserahi keperca­yaan: orang tua itulah ~ kami bertanya; 8. kedudukan (yg sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu): dia mendapat ~ yg baik di kementerian itu; ~nya dlm perusahaan itu telah diambil oleh orang lain; aspek bahasa perlu diberi ~;~ asal kawasan (negeri, kampung) dr mana seseorang itu berasal; ~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yg tidak didiami orang (jauh drpd orang); ~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yg didiami (orang); ~ ludah perludahan, ketur, tempolong; ~ parkir Id tempat menyimpan kereta; ~ peranginan tempat orang bertemasya (berehat); ~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan; ~ berpijak sudah terban, ~ ber-gantung sudah putus prb kehilangan orang tempat menumpangkan hidup; setempat 1. satu tempat sahaja; 2. = setem-pat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;menyetempatkan 1. meletakkan (mengum­pulkan dll) di satu tempat sahaja, tidak mem-biarkan berselerakan; 2. mengurung dll supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dll); bertempat 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~; bertempat-tempat sesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh; menempat berada, terletak: perkara yg ~ di hati; menempati 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; menempatkan 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangan­nya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dlm ~ Sejarah Melayu sbg roman sejarah yg baik; tempatan yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; petempatan kawasan yg baru dibuka utk didiami orang;penempatan perihal menempati atau menem-patkan: kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membeli-belah.Kamus Dewan Edisi Keempat
diam IItinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) me­rantau; ~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai; mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar ter­sergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mukim1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sarang I1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkubang1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur.Kamus Dewan Edisi Keempat
menduduki1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas