tempel | /témpél/; bertempel 1 berdamping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. 2 telah (sudah) dilekatkan: Gambar-gambar calon pilihan raya kelihatan ~ di dinding bangunan itu. menempel melekat: Jika tidak dibubuh gam, manakan dpt kertas itu ~. menempeli menempel pd; melekati: Sepanjang-panjang tembok itu ditempeli poster. menempelkan melekatkan sesuatu pd: Mereka ~ poster-poster itu pd dinding bangunan. tempelan 1 sesuatu (spt poster, label) yg ditempelkan. 2 tempat menempelkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempel | (témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal sesuatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditempel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi seseorang; 3. merapati seseorang (dgn maksud mencari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki merapatkan (telinga utk mendengar dll), me-lekapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertempel | 1 berdamping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. 2 telah (sudah) dilekatkan: Gambar-gambar calon pilihan raya kelihatan ~ di dinding bangunan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertempel | 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertempel | 1 berdamping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. | Kamus Pelajar |