Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenggang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tempoh: masa, waktu, jangka masa, jangka waktu, batas waktu,

2. Bersinonim dengan daya upaya: ikhtiar, usaha, akal ikhtiar, reka,

Kata Terbitan : bertenggang, bertenggang-tenggangan, tenggang-menenggang, menenggang, menenggangkan, mempertenggangkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tenggang I(ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, ber­usaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberi­kan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk men­dapat­kan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawan­nya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanja­kan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghor­mati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, me­mikir­kan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputus­an; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pen­dapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi).Kamus Dewan Edisi Keempat
bertenggang1. berdaya upaya (utk men­dapat­kan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawan­nya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanja­kan wang), berhemat, berjimat;Kamus Dewan Edisi Keempat
memberi1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran.Kamus Dewan Edisi Keempat
beri; memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; memberikan 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; pemberian 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; pemberi 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas