bertengkolok | memakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbulang | 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengkolok | 1. sj kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak; ~ alang destar yg lilitnya rendah; 2. sj kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita;bertengkolok memakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulang I | 1. kain dll yg dililitkan pd kepala; ~ bidang sj tengkolok hitam; ~ hulu a) ikat kepala, tengkolok; b) sl kekasih; tali ~ tali yg dililitkan di kepala sbg ganti kain; 2. pengikat taji; ~ atas cara mengikat taji yg sama parasnya dgn susuh; ~ bugis cara mengikat taji pd jari belakang; ~ cipai cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ dagang cara mengikat taji pd kaki kiri sepanjang susuh; ~ golok cara mengikat taji antara jari; ~ jangkil cara mengikat taji pd jari yg terkecil; ~ kanan cara mengikat taji pd kaki kanan sepanjang susuh; ~ lepas cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil; ~ panggang cara mengikat taji di atas taji; ~ tiga jari cara mengikat taji pd ketiga-tiga jari muka; ~ tunjuk cara mengikat taji pd jari depan yg di luar; ~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib); bulang-bulang sesuatu yg dililitkan pd kepala;berbulang 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; membulang 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah;terbulang terikat taji; ~ ayam betina prb orang yg dianggap berani dll, tetapi teryata sebaliknya;bulangan lilitan (ikatan); pembulang (orang dll) yg membulang; kerbau ~ tali prb orang yg berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |