bertepi | ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertepi | mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertepi | ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. | Kamus Pelajar |
tepi | bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. | Kamus Pelajar |
bokor | sj pinggan yg bertepi lebar (biasanya drpd logam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersirat | berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pet | (pét) IB sj songkok atau topi yg bertepi di depan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murup | Jw menyala (cahaya, warna, dll), berkobar: maka Laksamana pun memakai, ber-kain kesumba ~ antelas bertepi bersirat; merah ~ merah menyala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirat I | mata jala (jaring dll); ~-~ gigi celah-celah gigi; bersirat berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; menyirat membuat jala dll, menganyam, menjalin, merajut: ia sedang ~ jala ikannya di dapur; tersirat 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hatinya tidak ada seorang pun yg mengetahuinya; siratan 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepi | 1 tempat atau kawasan yg letaknya di pinggir: Kami pergi berkelah di ~ pantai. 2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan. 3 sempadan di antara satu dgn yg lain; batas: ~ langit sempadan di antara langit dgn air laut. bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. bertepikan mempunyai atau memakai sesuatu sbg tepi atau sbg birai: Lengan bajunya ~ renda berwarna merah. menepi 1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai). tepian tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). ke tepi (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. mengetepikan 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mustahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |