bersialang | 1. berterbangan banyak-banyak atau berkerumun (lebah); 2. Mn mengambil manisan dr sarang lebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sialang I | sarang lebah; bersialang 1. berterbangan banyak-banyak atau berkerumun (lebah); 2. Mn mengambil manisan dr sarang lebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbang | 1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau melayang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. menerbangkan 1 membawa terbang; menyebabkan terbang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum penjara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau menerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbang I | 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingatan, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan perayaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tualang I | 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterbangan | 1 terbang atau melayang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berterbangan | 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debu | 1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~ tuanku hamba tuanku; berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb) debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~; mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap (pertuturan) yg keluarnya bertalu-talu; mendebukan menjadikan atau menyemburkan dlm bentuk debu: oleh yg demikian, pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll).telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan atau ~ racun kulat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterbangan | 1 terbang atau melayang-layang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung-burung kelihatan ~ di udara. | Kamus Pelajar |
terlayang | 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu bercambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |