berterjunan | terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berterjunan | bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhamburan | berterjunan, berlompatan ke bawah: segala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambur II | ; berhamburan berterjunan, berlompatan ke bawah: segala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air; menghambur terjun, melompat (ke bawah): ia pun ~lah spt harimau yg pantas dr perahu ke jambatan; menghamburi melompati, menerjuni, menerkami: ia berdiri lurus, kemudian melonjakkan badannya ~ laut itu; menghamburkan melompatkan, menerjunkan: tetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan; ~ kuda melompatkan kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjun | melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Perenang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjun | 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi mengkaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |