bacaan berterusan(continuous reading) | 1. Data yang diperoleh daripada pembacaan yang dilakukan secara berterusan. 2. Data ukuran yang mempunyai jujukan berterusan dan tidak berhenti-henti. | Kamus Komputer |
berterusan | berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berterusan | tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterusan | berlaku dgn tidak berhenti-henti; berpanjangan; berlanjutan | Kamus Pelajar |
bebel | /bébél/ kata-kata yg berterusan yg keluar dgn tidak keruan erti maksudnya; leter. membebel mengeluarkan kata-kata yg berterusan yg tidak keruan erti maksudnya: Ibunya ~ kerana si anak tidak mengemas biliknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lanjar I | labuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi; selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~; keselanjaran perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan): ~ kerja; melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan, tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekal | tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sinambung | ; bersinambung, bersinambungan berlanjutan, berterusan, berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan; kesinambungan perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; ketidaksinambungan perihal (keadaan dsb) tidak bersinambungan (tidak berterusan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselanjaran | berterusan: keadaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlanjutan | berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |