tikai | ; bertikai 1 tidak sama; berbeza; berlain: Gambar ini ~ benar dgn keadaan yg sebenarnya. 2 tidak bersefahaman; bertengkar; berbantah. menikai tidak menyetujui; membantah; menentang. mempertikaikan menjadikan sesuatu sbg bahan yg diperkarakan; memperbantahkan; mempertengkarkan: Perkara yg remeh itu tidak perlu dipertikaikan. pertikaian 1 hal atau keadaan yg tidak sama; perbezaan; perselisihan. 2 sesuatu yg dipertikaikan; perbezaan pendapat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tikai | selisih, beza: badannya sendiri belumlah berubah, masih belum banyak ~nya dr dahulu; bertikai 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; menikai tidak menyetujui, membantahi, menentang; mempertikaikan 1. memperbezakan; 2. mem-persoalkan, memperbantahkan, memperdebatkan; pertikaian 1. perselisihan, perbezaan; 2. per-telingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat): segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertikai | 1 tidak sama; berbeza; berlain: Gambar ini ~ benar dgn keadaan yg sebenarnya. 2 tidak bersefahaman; bertengkar; berbantah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertikai | 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tikai; bertikai | 1 hal atau keadaan yg tidak sama; perbezaan; perselisihan. | Kamus Pelajar |
tikai; bertikai | 1 tidak sama; berbeza; berlain: Gambar ini ~ benar dgn keadaan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
menyelisihkan | , memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan;memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selisih | 1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perbalahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |