bertikar | mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memadakan | 1. menjadikan pada, menganggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tikar | sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan sbg alas duduk (tidur dll); ~ bangkar sj tikar yg kasar anyamannya; ~ bantal tikar dan bantal (segala alat utk tidur); ~ getah a) sj tikar kecil drpd getah (utk lapik tidur bagi kanak-kanak); b) sj tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk melapis lantai; ~ ladang sj tikar yg kasar anyamannya; ~ pacar tikar yg berwarna; ~ putih tikar yg tidak berwarna atau bercorak; ~ rumput sj tikar yg dibuat drpd rami (menerung, pisang, dll); ~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dll) yg digunakan sbg tempat sembahyang; ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara suaminya) yg telah meninggal; bertikar mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~ itu; bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg tikar: kami ditempatkan di sebuah pondok yg beratap rumbia dan ~ buluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pada II | 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), lumayan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, menganggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |