bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah | silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). | Kamus Pelajar |
tingkah III | bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). | Kamus Pelajar |
tingkah II | 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkah III | 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertingkah-tingkah | tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |