bertiub | mempunyai tiub. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifon II | 1. tiub yg digunakan utk mengeluarkan cecair dr sesuatu bekas dgn menggunakan tekanan udara apabila satu hujung tiub berada di dlm bekas dan hujung yg satu lagi berada pd kedudukan yg lebih rendah; 2. organ bertiub pd haiwan spt moluska, tempat lalunya air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiub I | 1. benda yg bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sj bekas drpd plastik dll yg digunakan utk mengisi cecair yg likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dlm tayar basikal dll; ~ Fallopio (Bio) satu drpd sepasang tiub yg membawa ovum dr ovari ke dlm rahim mamalia (termasuk manusia); ~ pengering (Kim) tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk mengeringkan gas atau wap; ~ sinar katod (Fiz) sj peranti yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat yg terhasil drpd pesongan elektron dlm tiub vakum; ~ vakum (Fiz) sj tiub yg divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron; bertiub mempunyai tiub. | Kamus Dewan Edisi Keempat |