tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membadai | 1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membadai | 1 bertiup dgn kencang (bkn angin ribut); bertiup spt badai: Angin ~ dan laut bergelora. 2 ki spt badai; menjadi sangat hebat: Kemarahannya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
badai | angin ribut yg kuat dan datang dgn tiba-tiba; taufan. membadai 1 bertiup dgn kencang (bkn angin ribut); bertiup spt badai: Angin ~ dan laut bergelora. 2 ki spt badai; menjadi sangat hebat: Kemarahannya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpuput | 1. bertiup, berhembus: hujan mulai teduh dan angin sejuk pun ~; angin laut ~ sepoi bahasa; 2. meniup puput; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiup; bertiup | 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. | Kamus Pelajar |
badai I | 1. angin ribut (yg kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan: di tengah laut, kapal itu ditimpa ~; 2. keadaan perasaan (fikiran dsb) yg amat tidak tenteram, keributan, kekacauan: ~ di hatiku masih belum reda; dunia yg penuh ~;membadai 1. bertiup kencang (bkn angin ribut), bertiup spt badai: angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; 2. spt badai, amat sangat: sedu-sedan mereka masih ~ juga; 3. ki menyebabkan perasaan (fikiran dsb) menjadi amat tidak tenteram: duka ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puput I | Mn sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd batang padi, daun kelapa, dll), wisel, semboyan: menghembus ~; kedengaran ~ kereta api; berpuput 1. bertiup, berhembus: hujan mulai teduh dan angin sejuk pun ~; angin laut ~ sepoi bahasa; 2. meniup puput; memuput meniup (puput), menghembus: air laut itu berolak-olak kecil apabila dipuput angin; puputan 1. tiupan; ~ angin; 2. hembusan: ~ bayu yg menyegarkan; 3. Br buluh dll utk menghembus angin (menyalakan api). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertiup | 1. bergerak (angin), berhembus, mengalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampaikannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiup; bertiup | 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. | Kamus Pelajar |